Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia

Gempak
Mei 26, 2024 12:15 MYT
Nabil Zamanhuri meninggal dunia pada pagi Ahad.
KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri, 37, meninggal dunia pada pagi Ahad.
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah menerusi satu hantaran di Facebook.
“Assalamualaikum, dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan adik saya, Nabil Zamanhuri telah
pulang ke rahmatullah pagi ini. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kelak. Doakan
adik saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, pihak Gempak masih dalam usaha untuk menghubungi keluarga terdekat bagi mengesahkan punca kematian arwah.
Sepanjang hayatnya, arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama lima tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu.
Ia termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.
Selain itu, arwah Nabil juga pernah melibatkan diri dalam bidang seni nyanyian menerusi rancangan Mentor musim pertama yang mana beliau berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti
tersebut.
Di samping itu, arwah turut pernah menjadi pengacara di dalam sebuah rancangan mingguan tempatan dan pernah membintangi beberapa drama TV.
Arwah Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata. - Gempak
#Nabil Zamanhuri #Nabil Mentor #meninggal dunia #Astro
;