Bekas pensyarah USM Prof Dr Ahmad Atory meninggal dunia

Bernama
September 30, 2024 10:50 MYT
Prof Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada 6.37 pagi ini. - Facebook/Nurul Ainun
KUALA LUMPUR: Bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada 6.37 pagi tadi.
Berita mengenai pemergian Ahmad Atory dikongsikan anak Allahyarham Nurul Ainun menerusi hantaran di Facebook.
"Dimaklumkan bahawa ayah, Prof Dr Ahmad Atory Hussain telah kembali menemui Penciptanya pada 6.37 pagi, 30 Sept 2024, 26 Rabiulawal 1446, di wad ICU Thomson Hospital Kota Damansara.
"Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
Ahmad Atory, 73, yang merupakan penganalisis politik terkenal di negara ini telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015.
-- BERNAMA
#Ahmad Atory Hussain #meninggal dunia #penganalisis politik #bekas pensyarah USM
;