Bekas Pengurus Besar SLDB dan pemilik syarikat kelapa sawit dituduh pecah amanah RM8.9 juta
Anthea Yap
September 20, 2016 18:44 MYT
September 20, 2016 18:44 MYT
Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB) dan seorang pemilik syarikat kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah bernilai RM8.9 juta, tiga tahun lalu.
Tertuduh George @ Juaari Majid, 65, dan pemilik ladang, How Kim San, 55, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Abd Manat.
George didakwa meluluskan RM8.9 juta melalui empat transaksi bayaran dari akaun Alliance Bank milik (SLDB) kepada Kim San di akaun CIMB milik Tetuan Azman, Baginda & Co.
Ia bagi bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman seluas 165.9 hektar di Kampung Babason, Sook di Keningau, antara 22 Mac hingga 14 Ogos 2013.
Mereka didakwa mengikut Sekyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 409 Kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara dua hingga 20 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Abu Bakar menetapkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warga tempatan.
#George @ Juaari Majid
#How Kim San
#rasuah pecah amanah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia