Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra mengaku tidak bersalah seleweng kontrak RM1.6 juta
Fareez Azman
September 4, 2019 12:07 MYT
September 4, 2019 12:07 MYT
Seorang bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra, Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) mengaku tidak bersalah hari ini atas 33 pertuduhan menyeleweng dana dan agihan kontrak bernilai hampir RM1.6 juta.
Rohaizat Ahmad, 54, dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah dan Seksyen 24 akta yang sama.
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memanipulasi sebut harga selain melantik hampir 10 syarikat luar dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya bagi membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus dikendalikan anak syarikat Felcra itu.
Tertuduh diwakili Peguam Hamidi Mohd Noh dan Aiman Abdul Rahman manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsanya serta melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sehingga kes selesai.
#Akta SPRM
#Bekas Pengarah Urusan
#FELCRA
#mahkamah
#Putrajaya
#Rohaizat Ahmad
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia