Bekas Pengarah Kastam didakwa di mahkamah

Bernama
Disember 13, 2012 15:15 MYT
Bekas Penolong Kanan Pengarah Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memperdaya pegawai kastam berhubung dokumen pembekalan kamera digital yang palsu.
Zameri Ibrahim, 53, didakwa memperdayakan Penolong Kanan Pengarah Kastam Putrajaya Mohd Shafie Yaacob iaitu pegawai yang meluluskan bayaran, cawangan pengurus peroleh Ibu Pejabat Kastam Putrajaya, satu dokumen bertarikh 25 Julai 2006 yang mengandungi butiran muatan palsu.
Dalam dokumen itu , tertuduh telah memperakukan pembekalan 40 unit kamera digital SLR beharga RM9,000 seunit yang kesemuanya berjumlah RM360,000 dari Central Management Catalougew Agency Sdn Bhd.
Bagaimanapun jenis sebenar kamera yang dibekalkan adalah Sony DSC H5 beharga RM6,000 seunit berjumlah RM240,000 yang mana telah mengelirukan mohd Shafie.
Sementara itu, seorang lagi bekas Penolong Kanan Pengarah Jabatan itu , Abdul Razak, Md Ali mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan bersubahat dengan Zameri atas kesalahan yang sama.
#dokumen palsu #mahkamah seksyen #memperdaya pegawai #Zameri Ibrahim
;