Bekas pegawai tentera sokong keputusan mayat Chin Peng tidak dibawa pulang

Astro Awani
September 19, 2013 08:41 MYT
Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke malaysia mendapat sokongan persatuan pegawai-pegawai tentera bersara angkatan tentera (rafoc)
Presidennya, Jeneral bersara Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth berkata pihaknya memandang berat rayuan pihak tertentu kepada kerajaan untuk membenarkan mayat Chin Peng dibawa ke negara ini untuk tujuan pengebumian.
Dalam kenyataanya pada Rabu, Ghazali membantah sekeras kerasnya usaha membawa masuk mayat Chin Peng ke Malaysia.
Tegasnya chin peng bertanggungjawab penuh di atas kematian ribuan anggota keselamatan dan rakyat yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara.
Tindakan membawa mayat ketua parti komunis malaya itu akan, membangkitkan kembali kemarahan mereka yang pernah bertempur dengan pengganas komunis pada era 1948 hingga 1960.
Chin peng yang tinggal dalam buangan di thailand, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada Isnin akibat sakit tua.
#Angkatan Tentera #Chin Peng #komunis #tentera
;