Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok

Astro Awani
Februari 8, 2020 14:56 MYT
Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang bekas Pegawai Kesihatan Daerah dan Penolong Akauntan bakal didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Rasuah 1, Johor Bahru, Johor.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya bakal melakukan pendakwaan ke atas tertuduh Pegawai Kesihatan Daerah Ledang, Dr Zaharah Mohd Salleh dan Penolong Akauntan, Noor Shazriena Miskam esok.
Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.
Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan pada Ahad selepas pertuduhan tersebut dibacakan.
#Akta SPRM 2009 #mahkamah #Mahkamah Sesyen #Noor Shazriena Miskam #Rasuah #SPRM #Zaharah Mohd Salleh
;