Bekas Naib Presiden FAM, Raja Ahmad Zainuddin meninggal dunia

Nazialita Geynna Maharan
Jun 9, 2017 02:08 MYT
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.45 pagi setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam. - Gambar fail
Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, 61, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh pada pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.45 pagi setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam.
Allahyarham yang pernah menjawat sebagai wartawan di Berita Harian sejak tahun 2002 difahamkan diserang demam berterusan dan mengalami sakit perut berpanjangan di wad unit penjagaan rapi (ICU).
Raja Ahmad Zainuddin juga dipercayai tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke dalam wad sehingga disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Jenazah akan dibawa ke rumah arwah di Ampang dan disembahyangkan di surau Ampang dan disemadikan di tanah perkuburan Jalan Bendahara.
Arwah, juga pernah berkecimpung dalam dunia politik secara aktif dan menyandang posisi Ahli Parlimen Larut sejak tahun 1999 hingga 2008.
#FAM #Hospital #ICU #meninggal dunia #Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar