Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

Bernama
Jun 9, 2023 06:00 MYT
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
KANGAR: Bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Difahamkan sebelum ini Allahyarham menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis.
Allahyarham Mat Jahya merupakan mufti paling lama berkhidmat di Perlis iaitu selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004.
-- BERNAMA
#Mat Jahya Hussin #Fathul Bari #Bekas Mufti Perlis #kencing manis