Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Hakim Rahman
Disember 21, 2021 00:34 MYT
Osman meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, 69, meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara di sini, malam ini.
Anaknya, Nornekman ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam tadi.
Pada 12 Oktober lalu, Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan.
[TERKINI] Osman Sapian meninggal dunia
Pada 13 November, media melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor susulan serangan strok ringan berkenaan.
Nornekman ketika itu dilapor berkata, Osman dalam pemerhatian rapi dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.
Sementara itu, ahli keluarga Osman memaklumkan, Allahyarham akan dibawa pulang ke Johor Bahru, esok.
BACA: Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok
BACA: Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
#osman sapian meninggal dunia #bekas Menteri Besar Johor #ADUN Kempas #strok
;