Bekas MB Perlis meninggal dunia

Bernama
Disember 1, 2022 11:02 MYT
Allahyarham yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada 3.15 petang tadi di kediamannya di Arau, dekat sini.
Allahyarham yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau.
-- BERNAMA
#bekas MB Perlis #meninggal dunia #Abdul Hamid Pawanteh #penyakit buah pinggang