Bekas MB Pahang Tan Sri Abdul Rashid meninggal dunia

Faiq Chong
Jun 19, 2018 18:23 MYT
Allahyarham Abdul Rashid mempunyai tujuh orang anak dan 11 cucu. - Foto Astro AWANI
Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meninggal dunia di kediaman keluarganya di Lorong Kubang Buaya di Kuantan, Pahang sekitar jam 11.50 pagi tadi.
Allayarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun akibat komplikasi buah pinggang.
Abdul Rashid merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Besar sejak tahun 1974 dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke-11 oleh Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Allayarham menyandang jawatan berkenaan bermula 7 November 1981 hingga 4 Mei 1982 iaitu selama enam bulan, menggantikan Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.
Allahyarham mempunyai tujuh orang anak dan 11 cucu.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan dan disemadikan bersebelahan dengan makam Allahyarhamah isterinya, Puan Sri Shamsiah Razali selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam, Pekan.
#Abdul Rashid Abdul Rahman #allayarham #bekas menteri besar #jenazah #meninggal dunia #Pahang
;