Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia

Bernama
April 3, 2021 19:01 MYT
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.
Berita sedih pemergian ahli kumpulan bekas penjawat awam G25 itu dikongsikan oleh rakan Allahyarham yang juga ahli kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin.
Noor Farida ketika dihubungi Bernama berkata Allahyarham yang diketahuinya mempunyai masalah kesihatan difahamkan rebah di balkoni bilik tidur di rumahnya, petang semalam.
"Jenazah beliau dibawa ke Masjid Kampung Baru pada 10 pagi tadi untuk disolatkan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas zuhur," katanya.
Ahmad Kamil dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada1989 dan bersara tiga tahun kemudian tetapi dilantik semula ke jawatan itu secara kontrak selama empat tahun hingga 1996.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke beberapa negara termasuk Vietnam, Jepun dan Switzerland serta Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva (1980).
Pada 2003, Allahyarham menjadi Utusan Khas Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
-- BERNAMA
#bekas KSU #Kementerian Luar #Ahmad Kamil Jaafar #meninggal dunia #G25 #Noor Farida Ariffin
;