KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ismail Bakar dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2027.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Prasad Sandosham Abraham pula dilantik Timbalan Pengerusi EAIC.
Turut dilantik menganggotai EAIC ialah Datuk Seri Dr Yusof Ismail; Datuk Seri Dr Razali Ab Malik; Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.
"Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Jan lepas, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
"Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya.
Anwar dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Tan Sri Sidek Hassan, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Datuk Wira Aziah Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk John Louis O'hara, dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 30 Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
![Bekas KSN Ismail Bakar dilantik Pengerusi EAIC - PM Anwar Bekas KSN Ismail Bakar dilantik Pengerusi EAIC - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/71538906628_TBISMAILBAKAR.jpg)
Ismail (foto) dilantik sebagai Pengerusi EAIC yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2027. -Gambar fail/Bernama
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam' PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236812_DrJoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
![Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236624_ZahidHamidi.jpg)
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
![Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
![Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720235397_Kebakaran.jpg)
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720235260_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
![UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720230443_tbUNhumanitarians.jpg)
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
![Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720233875_tbGunungKeriang.jpg)
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
![KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538906628_TBISMAILBAKAR.jpg)
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
![Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545170309_TBIsmailBakar.jpg)
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.