IPOH: Bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Prosiding penerimaan masuk Mior Faridalathrash, 61, yang telah berkhidmat selama 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri Perak.
Ketika ditemui, Mior Faridalathrash yang ditemani isterinya, Datin Nor Qhadijah Abdul Wahab berkata, gabungan pengalaman dalam pasukan polis dan pengetahuan undang-undang akan membantunya menjalankan tanggungjawab baharu itu dengan lebih baik.
"Dalam bidang apa pun kita sebenarnya mencari keadilan. Apabila duduk dalam pasukan polis, kita bertindak untuk memastikan penugasan undang-undang dan penguatkuasaannya.
"Tetapi apabila beralih kepada bidang guaman, saya akan pastikan keadilan itu tercapai bila saya mewakili anak guam saya di mahkaman.
"Walaupun sebenarnya agak berat daripada penguatkuasaan ke guaman, namun saya akan sesuaikan diri bagi memastikan tugasan dan keadilan tercapai," katanya.
Beliau yang menjawat jawatan Ketua Polis Perak sejak November 2020 hingga Ogos 2022 itu akan memulakan tugas sebagai peguam di Tetuan Badrul, Samad, Faik & Co.
Semasa berkhidmat dalam pasukan, Mior Faridalathrash telah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian.
Pada tahun 2012 pula, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang Harta Intelek dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Anak jati Perak kelahiran Kuala Kangsar itu kemudiannya memulakan latihan dalam kamar di bawah bimbingan Tun Mohamad Ammar Aziz dari Tetuan Ammar Aziz & Co. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 31 2023

Mior Faridalathrash (tengah) bersama Tun Mohamad Ammar Aziz selaku pengajar (kiri) dan Peguam Ahmad Yani Aminuddin. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bekas Ketua Polis Perak Osman Salleh meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 12.51 tengah hari tadi.