Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM bakal dipanggil SPRM?

Astro Awani
Disember 4, 2018 21:12 MYT
Dzulkifli dijangka dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. -Gambar fail
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dijangka dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.
Menurut sumber, beliau diminta hadir bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dzulkifli merupakan antara saksi utama selepas pihak SPRM meneliti dokumen asal laporan akhir Audit 1MDB untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #draf akhir #Dzulkifli Ahmad #Jabatan Audit Negara Malaysia #JANM #laporan akhir #saksi utama #SPRM
;