Bekas jururawat hilang, kali terakhir dilihat pertengahan Februari

Umavathi Ramayah
Ogos 31, 2024 19:21 MYT
Che Nurul Izzah Che Salim berketinggian 151 sentimeter dengan berat 65 kilogram (kg). - Foto/ IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA: Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat pada 16 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Che Nurul Izzah Che Salim pada jam 9.27 malam, Jumaat.
Laporan itu katanya dibuat kakak wanita itu di Balai Polis Damansara, di sini.
"Dalam laporan itu, Che Nurul Izzah dimaklumkan sudah bercerai dan mempunyai dua anak. DIa dilihat kali terakhir pada 16 Februari lalu di rumahnya di Seksyen 24, Shah Alam.
"Ahli keluarga tidak mengetahui keberadaan wanita itu (selepas itu) sehingga dimaklumkan dia berhenti kerja dari sebuah hospital swasta di Damansara pada 29 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Wanita itu berketinggian 151 sentimeter dengan berat 65 kilogram (kg) serta berkulit cerah.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau mana-mana balai polis berhampiran.
#jururawat hilang #orang hilang #Polis Diraja Malaysia #Petaling Jaya
;