Walaupun baru sahaja tahun lalu selesai menjalani hukuman penjara dan sebatan di Singapura atas kesalahan jenayah seksual, seorang bekas peserta program realiti memasak membuat 'onar' pula di seberang tambak.
Bekas finalis Chef Selebriti Singapura itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Disember 2015.
Bernama melaporkan, Muhammad Mustaqim Juri, 38, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.
Dia juga didakwa melakukan ugutan terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumah mangsa pada hari yang sama di Taman Cempaka, Tampoi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, yang juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 17 Januari depan.
Kes tersebut bukan yang pertama seumpamanya bagi Muhammad Mustaqim yang mempunyai tiga orang anak.
Memetik laporan portal berita AsiaOne, di Singapura, dia pernah didakwa pada tahun 2013 kerana melakukan jenayah seksual ke atas budak lelaki berusia 13 tahun pada September 2011 termasuk perlakuan seks oral dan liwat.
Setelah mengaku bersalah, dia dijatuhkan hukuman empat tahun tiga bulan penjara dan empat sebatan, namun tempoh penjaranya dihitung daripada hari pertama reman pada 2011.
Pada tahun 2007, Muhammad Mustaqim merupakan naib juara program realiti saluran televisyen Melayu republik itu, Chef Selebriti, namun pernah menganggur selepas itu kerana perniagaan kateringnya gagal.
Astro Awani
Tue Dec 22 2015
Tertuduh tidak serik terlibat dalam kes yang sama walaupun pernah menjalani hukuman di Singapura. - Gambar hiasan
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Khairul Aming sudah pulih dari COVID-19, kembali kongsi resepi sempena Ramadan
Chef selebriti, Khairul Aming sudah selesai jalani kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.
Genap setahun pemergian Anthony Bourdain, Discovery Channel beri penghormatan
Rancangan terakhir Anthony Bourdain sebelum dia meninggal dunia akan ditayangkan di Malaysia buat pertama kali.
Hutang menggunung, empayar restoran chef selebriti Jamie Oliver akhirnya runtuh
Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.
"Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan minta maaf pada Najib
Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!
'Hati saya remuk'- Luahan teman wanita Anthony Bourdain
Teman wanita Anthony Bourdain mengakui perasaannya remuk selepas kehilangan kekasih hatinya itu buat selama-lamanya.
Anthony Bourdain gantung diri guna tali jubah mandi
Siasatan mendapati, Anthony Bourdain telah menggantung dirinya dengan tali jubah mandi di bilik air hotel penginapannya di Perancis.
Chef selebriti antarabangsa Anthony Bourdain meninggal dunia
Chef selebriti dan personaliti TV antarabangsa Anthony Bourdain, dilapor meninggal dunia hari ini akibat bunuh diri.