Bekas CEO MAS minta orang ramai bersabar

Astro Awani
Mac 8, 2014 12:55 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media mengenai status terkini penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang daripada radar awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines diseru memberi penerangan yang tepat jelas terutamanya kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 bagi mengelak sebarang spekulasi mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat yang hilang pada awal pagi Sabtu itu, kata bekas pengerusi syarikat penerbangan itu.
Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam pada itu mengingatkan orang ramai supaya bersabar kerana beliau tahu syarikat penerbangan yang pernah beliau pimpin itu sedang sedaya upaya melakukan sesuatu bersama pihak berkuasa untuk menangani insiden ini.
"Ini satu perkara rumit tetapi (MAS) perlulah cari jalan untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai. Kalau tidak akan timbul masalah macam-macam (termasuk) berita yang pelik-pelik," katanya kepada Astro AWANI.
Abdul Aziz turut mengingatkan tidak semua maklumat mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 itu boleh didedahkan oleh MAS kepada umum kerana ia mungkin mempunyai implikasi undang-undang pada masa akan datang.
Abdul Aziz berkhidmat dengan MAS selama 20 tahun sejak penubuhan awal syarikat penerbangan itu pada 1971. Beliau bersara sebagai CEO syarikat penerbangan itu pada 1991.
#Boeing 777-200 #MH370 #penerbangan Malaysia #Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman