Bekas calon STPM dihukum penjara 7 tahun, 6 sebatan

Muhafandi Muhamad
Jun 6, 2018 22:08 MYT
Muhamad Hafizi dihukum penjara tujuh tahun dan enam sebatan kerana memiliki dua bahan letupan dipertingkat (IED) tahun lalu. -Astro AWANI
Seorang bekas pelajar tingkatan enam dihukum penjara tujuh tahun dan enam sebatan kerana memiliki dua bahan letupan dipertingkat (IED) tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
Tertuduh didakwa memiliki dua senjata api berupa dua butir IED di sebuah rumah di No. 1919, Kampung Merkang, Pasir Puteh kira-kira pukul 6.05 petang pada 10 Oktober 2017.
Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 (Akta 37) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan minimum enam sebatan.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula tarikh tangkapan iaitu pada 10 Oktober 2017.
#bahan letupan dipertingkat #daish #enam sebatan #IED #Kampung Merkang #Muhamad Hafizi Mat Jusoh #pelajar tingkatan enam
;