Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia

Khairunnisa Kasnoon
Disember 24, 2020 22:53 MYT
Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia pada Khamis malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. - Foto Facebook/Daud Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia pada Khamis malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Perkara itu disahkan anaknya, Yusof Mohamad Aziz sebentar tadi. Allahyarham berusia 80 tahun.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail, JB.
"Jenazah akan dibawa ke rumah Nong Chik, Johor Bahru. Jenazah akan di kebumikan esok Jumaat,” ujarnya menerusi satu kiriman WhatsApp.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9:50 malam akibat sakit buah pinggang.
Jenazah akan dikafan dan dimandikan di hospital sebelum dibawa ke rumah di Nong Chik, Johor Bahru.
Jenazah dijadualkan akan dikebumikan pada jam 9:30 pagi Jumaat.
Allahyarham juga merupakan bekas timbalan pengerusi tetap UMNO dan speaker DUN Johor.
#Johor Bahru #meninggal dunia #Tan Sri Mohamad Aziz #Sri Gading #UMNO #ahli Parlimen #Yusof Mohamad Aziz #sakit buah pinggang #NONG CHIK
;