Bekas ahli MPN minta kebenaran teruskan program
Hafiz Marzukhi
Jun 7, 2018 13:46 MYT
Jun 7, 2018 13:46 MYT
Bekas ahli-ahli Majlis Profesor Negara (MPN) mengusulkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan supaya badan tersebut dapat meneruskan program tetapi dengan pendekatan baharu.
Bekas Ahli MPN, Prof Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak, berkata satu kertas cadangan akan diberikan kepada Majlis Penasihat Kerajaan untuk penilaian mereka.
"Kami berikan pandangan. Terpulanglah kepada mereka (Majlis Penasihat Kerajaan) untuk mempertimbangkannya," kata beliau ketika ditemui selepas beberapa bekas ahli MPN hadir di Menara Ilham untuk memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan pada Khamis.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembubaran MPN kerana mendapati badan tersebut tidak menjalankan fungsi asal.
Menurut Dr Mahathir, tanggungjawab asal MPN adalah demi akademik namun didapati bahawa ia mempunyai unsur-unsur politik yang tidak wajar dengan fungsinya.
#Mahathir Mohamad
#Majlis Penasihat Negara
#Majlis Profesor Negara
#Menara Ilham
#Mohamed Mustafa Ishak
#MPN
#politik