KANGAR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman selepas memukul bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Datuk Saad @ Md Zain Hamzah, 87, di Masjid Alwi, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bersiap-siap untuk memasuki masjid bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.
"Sebelum itu mangsa tiba di perkarangan Masjid Alwi sekitar jam 5.15 pagi dan berada di dalam kenderaannya untuk mendengar tazkirah selama 15 minit.
"Selepas selesai tazkirah, mangsa keluar dari kenderaan dan berjalan ke arah hadapan masjid.
“Mangsa berhenti sebentar untuk memasukan duit ke tabung anak yatim dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang mengamuk terus memukul menyebabkan mangsa terjatuh di lantai pekarangan masjid," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Susulan itu, mangsa bergegas lari ke dalam masjid dan meminta bantuan pengawal keselamatan masjid untuk menghubungi polis dan ambulans.
Mangsa yang berasal dari Bintong, Kangar dan pernah menjadi wakil rakyat Sanglang daripada 1978 hingga 1986 cedera di kepala disyaki dipukul menggunakan kerusi oleh lelaki terbabit.
Saad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Yusharifuddin berkata, sejurus kejadian polis menahan suspek yang berusia 65 tahun dan dibawa ke Balai Polis Kangar.
Suspek dipercayai mempunyai masalah mental, namun, motif serangan masih disiasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 03 2023
Datuk Saad @ Md Zain Hamzah, cedera selepas dipukul di kepala oleh seorang lelaki tidak siuman di pekarangan Masjid Alwi, Kangar, pada awal pagi Jumaat. - Gambar ihsan PDRM
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
Pesuruhjaya Pas Perlis semakin sedar, beri reaksi
Pihak hospital juga memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Mohd Shukri semakin stabil walaupun tekanan darah beliau masih rendah.
ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli, kritikal
Atas nasihat doktor, hanya ahli keluarga terdekat Pesuruhjaya Pas Perlis itu sahaja boleh melawat manakala individu lain diminta menangguhkan hasrat terlebih dahulu.