Bekas Adun Bukit Selambau Datuk V. Saravanan meninggal dunia
Bernama
Jun 3, 2014 18:32 MYT
Jun 3, 2014 18:32 MYT
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau Datuk V. Saravanan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang hari ini.
Saravanan, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 2 petang ini dan jasadnya dibawa pulang ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.
Beliau juga menghidap kencing manis.
Pengerusi MIC Kedah Datuk S. Ganesan berkata mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah di Jalan Pegawai di sini malam ini untuk membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Sungai Petani untuk dikebumikan.