Bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir di negeri ini masih mencukupi meskipun terdapat pertambahan pusat pemindahan mangsa banjir.
Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Rusmi Mahmud berkata pihaknya mempunyai 160 pangkalan hadapan yang menjadi pusat bekalan makanan di seluruh negeri.
Katanya terdapat 18 mini depoh di daerah dan satu depoh besar Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang yang menempatkan bekalan makanan untuk mangsa banjir di negeri ini.
"Pihak kami akan sentiasa memastikan bekalan makanan mencukupi, misalnya di Kemaman yang telah dinaiki air sebanyak tiga kali...pihak kami telah membuat penambahan bekalan makanan," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Bencana Kuala Ping di sini hari ini.
Rusmi berkata sekiranya bekalan makanan di pangkalan hadapan tidak mencukupi, bekalan makanan di mini depoh dan depoh zon timur akan ditambah.
"Bekalan makanan di depoh Pulau Kerengga yang bernilai RM2.1 juta juga cukup untuk menampung bekalan di semua 529 pusat pemindahan yang boleh memuatkan 126, 256 mangsa. Bekalan makanan di depoh ini juga akan dibekalkan ke Pahang sekiranya diperlukan," katanya.
Rusmi berkata pihaknya juga turut membekalkan khemah dan sesekat mudah alih untuk kemudahan mangsa banjir di pusat pemindahan dengan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang sakit termasuk ibu yang baru bersalin.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati cuaca cerah dan beberapa kawasan yang dinaiki air semalam di sekitar Pekan Ajil telah mulai surut.
Semalam, Sekolah Kebangsaan Ajil yang dinaiki juga dapat beroperasi seperti biasa apabila air di kawasan berkenaan surut sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
Sebuah keluarga menunggu bantuan untuk dipindahkan dari rumah mereka yang dinaiki air ke tempat lebih selamat di Kampung Kuala Ping pada 31 Disember 2016. - Foto Bernama
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.