Bekalan makanan mencukupi, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri
Astro Awani
Mac 24, 2021 17:42 MYT
Mac 24, 2021 17:42 MYT
KUALA LUMPUR: Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNHEP telah membuat 732 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (550), pemborong (151) dan pengilang (31) pada Selasa.
Ujarnya, KPDNHEP juga telah melakukan 1,913 pemeriksaan khas pematuhan SOP dan daripada jumlah itu, 1,911 premis mematuhi SOP manakala dua (2) lagi diberi nasihat.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Rabu;
1. 54 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
2. Operasi Benteng telah menangkap 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 11 buah kenderaan darat.
3. Sebanyak 70 operasi sanitasi dilakukan meliputi 25 zon merah, enam zon jingga, 12 zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara.
4. Seramai 836 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
5. Seramai 3,428 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 11 orang didapati positif COVID-19.
#SOP
#COVID-19
#PKPP
#pati
#PKPB
#warga asing
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#ujian saringan
#ismail sabri yaakob
#bekalan makanan