Bekalan makanan mencukupi, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu

Astro Awani
Julai 3, 2021 10:20 MYT
Ismail Sabri berkata, KPDNHEP telah membuat 732 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit, pemborong dan pengilang pada Jumaat. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNHEP telah membuat 732 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit (541), pemborong (159) dan pengilang (32) pada Jumaat.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu.
1) PKPD dilaksanakan di Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan, tiga lokaliti dalam daerah Kuala Muda, Kedah (Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang (termasuk Taman Cahaya PKNK)), Taman Zifa, Bingkul, Beaufort, Sabah, Kampung Simpangan, Kota Marudu, Sabah dan Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dan Mukim Kuala Kuantan 2, Kuantan, Pahang.
2) Pelanjutan PKPD Taman Merbau Utama (kecuali Blok B dan C), Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan akan bermula bermula pada 5 sehingga 18 Julai 2021.
3) Penamatan PKPD Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan, Sabah, Fasa 1 & Fasa 2, Taman Digot, Penampang, Sabah dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu, Sabah diumum pada 4 Julai 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan.
4) Seramai 711 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Jumaat dan daripada jumlah itu katanya, seramai 672 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.
5) Operasi BENTENG (Op BENTENG) pada Jumaat telah menangkap 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.
#SOP #pati #nelayan #PKPD #pelitup muka #kompaun #ismail sabri yaakob #pendatang asing