Bekalan makanan kekal cukup semasa tempoh PKP, hanya jika...

Astro Awani
April 4, 2020 20:57 MYT
Orang ramai dilihat semakin peka dengan penularan wabak COVID-19 dengan menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial ketika membeli barangan keperluan harian di Pasar Keramat, Kampung Datuk Keramat. - Foto BERNAMA
Analisis Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati bekalan makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mencukupi walaupun sektor pertanian dan makanan dibenarkan beroperasi pada 50 peratus gunatenaga sahaja.
Hal ini kerana kapasiti pengeluaran sektor ini masih berada di tahap antara 65.1 peratus hingga 95.1 peratus.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tiga keadaan berikut:
1. Pembelian panik oleh pengguna yang boleh menjejaskan bekalan semasa
2. Kekurangan bekalan input yang dikeluarkan oleh sektor-sektor lain. Analisis kami mendapati sebanyak 16,807 pekerja daripada sektor-sektor lain perlu dibenarkan untuk bekerja bagi memastikan bekalan input Sektor Pertanian dan Makanan tidak terjejas.
3. Kekurangan penggunaan dan pemasaran oleh sektor-sektor lain. Analisis kami mendapati sebanyak 14,074 pekerja diperlukan oleh sektor-sektor lain bagi memastikan pemasaran produk makanan tidak terjejas.
Berikut adalah infografik yang disediakan oleh Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Prof Madya Dr Shaufique Fahmi Sidique dan Chakrin Utit dari Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM:
#COVID-19 #Malaysia #perintah kawalan pergerakan #PKP #sektor pertanian dan makanan #UPM
;