Bekalan elektrik 369 sekolah pedalaman Sarawak pulih sepenuhnya
Harits Asyraf Hasnan, Haron Shafie
Januari 3, 2017 20:15 MYT
Januari 3, 2017 20:15 MYT
Bekalan elektrik di semua 369 sekolah di kawasan pedalaman Sarawak telah pulih sepenuhnya hari ini.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan hari ini, masalah terputus bekalan elektrik timbul disebabkan kegagalan kontraktor membekalkan minyak diesel sebelum kontrak mereka berakhir.
Kesemua sekolah-sekolah terlibat adalah sekolah-sekolah dalam kawasan pedalaman di Sarawak yang menerima bekalan elektrik melalui penggunaan janakuasa.
Sejumlah 30 kontraktor telah diberikan kontrak membekalkan perkhidmatan elektrik ke sekolah-sekolah selama dua tahun bermula 2015.
Isu ini tercetus susulan laporan akhbar The Borneo Post hari ini bertajuk 'Blackout hits 369 rural schools'.