LUMUT: Pemerhatian Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas, kata menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee.
"Saya rasa pihak pengusaha ayam telah ambil tindakan dan keperluan sepatutnya bagi memastikan bekalan ayam 1.8 juta hingga dua juta ayam setiap hari.
"Kita juga telah menghentikan eksport buat masa ini bagi memastikan keperluan tempatan dipenuhi," katanya selepas melawat Dinding Poultry Development Centre (DPDC), Segari, di Manjung hari ini.
Dilaporkan bekalan ayam di beberapa negeri masih stabil dan tidak terputus sepenuhnya walaupun terdapat pengurangan bekalan yang diterima melalui pembekal.
Bekalan ayam sebelum ini dilaporkan berkurangan di beberapa negeri kononnya atas beberapa sebab antaranya kerana peralihan ke fasa endemik, sambutan Aidilfitri serta pembelian panik susulan satu kenyataan akan berlaku ketiadaan bekalan ayam pada 20 hingga 22 Mei lepas.
Ditanya mengenai tuntutan subsidi ayam, Ronald berkata penternak ayam yang belum menerima atau membuat permohonan, masih boleh berbuat demikian selepas tempoh yang akan berakhir 5 Jun ini.
"Kita harap pihak industri tampil ke hadapan membuat tuntutan subsidi mereka. Kita juga telah menambah kakitangan di peringkat negeri supaya urusan tuntutan dapat diperbaiki, dipercepatkan dan berjalan lancar.
"Selepas tarikh itu masih boleh diproses. Sebelum ini kelulusan berperingkat tapi kali ini peringkat negeri yang akan melakukan semakan dan semakan terakhir oleh ibu pejabat," katanya.
Jelasnya, setakat ini hanya RM71 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Feb lepas, selaras penetapan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 per kilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee (kiri) melawat ladang ternakan ayam ketika lawatan kerja rasmi ke Dinding Poultry Development Centre (DPDC), Segari, Manjung hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
Bas pasukan Real Madrid alami kemalangan ketika pulang dari Liverpool
Bas pasukan Real Madrid terlibat dalam pelanggaran dengan lori di Warwickshire ketika dalam perjalanan pulang ke Sepanyol berikutan kekalahan kepada Liverpool.
Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
Bernas bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Sapura Energy: Pengerusi, CEO Kumpulan letak jawatan S4 tahun kewangan 2025
Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan 2025.
Saham Hybe jatuh susulan tindakan artis keluar label
Hybe, yang terkenal kerana melonjakkan kerjaya satu lagi kumpulan K-Pop, BTS, telah kehilangan lebih AS$1 bilion (RM4.44 bilion) daripada nilai pasarannya sejak April, apabila pengurus lama NewJeans, Min Hee-jin diketepikan susulan pertikaian dalaman syarikat.
Tarif AS: Biden harap Trump pertimbang semula tarif
Kata Biden, jika ia benar-benar dilaksanakan, hubungan AS dengan sekutu rapat akan berdepan masalah besar.
Bank of Japan: Saham Asia tergelincir, yen pula sasar minggu terbaik
Dagangan dalam ekuiti dan perbendaharaan AS ditutup kerana cuti Hari Kesyukuran, dengan Indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik di luar Jepun jatuh 0.3% dan turun 0.5% untuk minggu ini.
Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.
Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.