Bekalan air pulih di 21 kawasan di Hulu Langat - Air Selangor
Astro Awani
Disember 23, 2021 07:43 MYT
Disember 23, 2021 07:43 MYT
KUALA LUMPUR: Bekalan air pulih sepenuhnya di 21 kawasan di daerah Hulu Langat setakat jam 6 pagi, pada Jumaat.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), terdapat tujuh kawasan di daerah berkenaan yang masih belum pulih.
"Antaranya, Rumah Seri Kenanga Cheras, Taman Bukit Sungai Long, Taman Sejati, Taman Seri Puteri, Taman Sinar Harapan Cheras, Taman Taming Indah dan Taman Tropicana Cheras," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sementara itu, Loji Rawatan Air (LRA) di Batu 11 Cheras, LRA Semenyih 2, LRA Sungai Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini sudah pulih sepenuhnya dan bekalan air diagihkan seperti biasa.
LRA berkenaan dihenti tugas kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik Ahad lepas.
Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300 sementara pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.