Bekalan air mula pulih secara berperingkat di Selangor

Astro Awani
Mei 8, 2019 18:21 MYT
Kawasan-kawasan tersebut telah menghadapi masalah bekalan air ekoran paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting - Taiping. - Gambar fail
Sehingga jam 4 petang hari ini, bekalan air mula dipulihkan secara berperingkat di beberapa kawasan yang terjejas di Selangor, umum Pejabat EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Kerajaan Negeri Selangor.
Kawasan-kawasan tersebut telah menghadapi masalah bekalan air ekoran paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting - Taiping.
Antara kawasan-kawasan yang sudah mula mendapat bekalan air adalah seperti berikut:
Selain itu, Air Selangor turut telah mengaktifkan 4 Pusat Khidmat Setempat (PKS) di beberapa lokasi, termasuk PKS Bandar Sultan Suleiman di Masjid As-Saadah, Lingkaran Sultan Abd Samad 2 dan PKS Bandar Parkland di Taman Rekreasi, Jalan Delima 8.
Turut dibuka adalah PKS Taman Sri Andalas di Tapak Parkir Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail dan PKS Batu Belah di sebelah AEON Big, Jalan Kapar.
Menurut pihak Pejabat EXCO Selangor, segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air.
Antara usaha mereka termasuk memberi bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air yang akan terus digerakkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
#Air Selangor #bekalan air #Exco Selangor #Klang #Selangor #WCE Banting-Taiping
;