Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi

Nailah Huda
Disember 7, 2020 06:00 MYT
LRA Rantau Panjang mula beroperasi sejak jam 3.30 pagi manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 5 pagi tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor 1, 2 dan 3 telah mula beroperasi semula selepas dihenti tugas seketika akibat pencemaran air sejak malam semalam.
Air Selangor memaklumkan LRA Rantau Panjang mula beroperasi sejak jam 3.30 pagi manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 5 pagi tadi.
"Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami."

Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di https://t.co/dRHh3cWCRK. pic.twitter.com/dFuMGzz064

— Air Selangor (@air_selangor) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari turut mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya.
"Makluman terkini - Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan Loji Rawatan Air SSP 1, 2 dan 3 telah mula beroperasi untuk penyaluran bekalan air kepada para pengguna."

Makluman terkini - Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan Loji Rawatan Air SSP 1, 2 dan 3 telah mula beroperasi untuk penyaluran bekalan air kepada para pengguna. https://t.co/OuLTrsHciw

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Air Selangor umum bekalan air di 1,274 kawasan terjejas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.
Gangguan tersebut membabitkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam manakala LRA Sungai Selangor pada jam 1 pagi tadi.
Pada 19 Oktober lalu, LRA yang sama turut dihenti tugas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor sekaligus menjejaskan 1.1 juta akaun pengguna.
Penduduk di Selangor telah mengalami sekurang-kurangnya 13 gangguan bekalan air tahun ini, dengan empat pada bulan Oktober sahaja.
#loji rawatan air #Selangor #Air Selangor #krisis air #gangguan air #Amirudin Shari #LUAS #pencemaran #Sungai Selangor #Rantau Panjang #LRA #SSP
;