Bekalan air Hulu Langat pulih sepenuhnya - Air Selangor

Afiezy Azaman
Disember 24, 2021 12:51 MYT
Bekalan air sudah mula diagihkan seperti biasa kepada pengguna.
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat telah pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari hari ini.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Loji Rawatan Air (LRA) di Batu 11 Cheras, LRA Semenyih 2, LRA Sungai Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini kini pulih sepenuhnya.
Bekalan air sudah mula diagihkan seperti biasa kepada pengguna.
LRA berkenaan dihenti tugas kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik Ahad lepas susulan kejadian banjir.
Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300 sementara pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
BACA: Gangguan bekalan air di Hulu Langat, bantuan air disediakan - Air Selangor
BACA: Bekalan air pulih di 21 kawasan di Hulu Langat - Air Selangor
#Air Selangor #LRA #henti tugas #bekalan air Hulu Langat
;