Bekalan air dijangka pulih esok jika nyah cemar dapat dibuat malam ini - Exco Alam Sekitar

Fareez Azman
November 10, 2020 19:30 MYT
Pemulihan bekalan air dijangka pulih esok pagi tetapi secara berperingkat, ia mengamnbil masa 10 jam dari kawasan pertama kalau kita selesaikan isu ini malam ini - Gambar fail
RAWANG: Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat bermula Rabu jika pencemaran efluen (air sisa) dapat dibersihkan malam ini.
Demikian jelas Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian.
Jelasnya, bacaan Nombor Bau Nilai Ambang (TON) terkini pencemaran air di Muka Sauk Lori Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang didapati telah menurun daripada 8 TON kepada 4 TON, manakala LRA SSP 1,2 dan 3 masih pada tahap 4 TON.
"Kita jangkakan kalau pulih malam ini, LRA masih tidak boleh proses untuk bekalan air walaupun bacaan pada tahap 0 ton. Ini kerana kita mempunyai piawaian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pemulihan bekalan air dijangka pulih esok pagi tetapi secara berperingkat, ia mengamnbil masa 10 jam dari kawasan pertama kalau kita selesaikan isu ini malam ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di Loji Rawatan Air Kumbahan (IWK) Taman Volex, Rawang pada Selasa.
BACA: Kerajaan negeri buat laporan polis, cari suspek buang bahan tercemar - Exco
BACA: Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
#bekalan air #Exco Selangor #Hee Loy Sian #pencemaran air #Sungai Selangor #loji rawatan air #LRA #taman volex #IWK #Indah Water Konsortium
;