Bekalan air diberi secara berperingkat kepada pengguna

Astro Awani
Januari 3, 2013 19:55 MYT
Lebih kurang 90,000 pengguna air yang terjejas akibat krisis air yang melanda Lembah Kelang baru-baru ini, dijangka bakal memperoleh bekalan air secara berperingkat mulai Khamis.
Pemulihan bekalan air ini adalah susulan kerja pembaikpulihan terhadap suis utama di Rumah Pam Pudu Hulu Baru yang telah mengalami kerosakkan setelah siap dibaiki sepenuhnya.
Menurut pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), pengaktifan semula system pam itu telah dimulakan semula pada jam 12 tengahari.
Syabas berkata proses untuk bekalan air itu pulih sepenuhnya telah mengambil masa sehingga lima hari.
Pada masa yang sama, Syabas telah mengerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan meletakkan sebanyak 174 buah tangki air statik di kawasan-kawasan yang terjejas.
Syabas juga menasihatkan orang ramai agar terus menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini berlaku.
#krisis air di Lembah Kelang #Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
;