Bekalan air di wilayah Klang pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Julai 17, 2020 00:00 MYT
Enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang di Pulau Indah telah pulih sepenuhnya. - Gambar fail
Enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang ekoran insiden paip pecah dan bocor di Tapak Projek Pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR), Pulau Indah telah pulih sepenuhnya.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya berterima kasih atas kerjasama serta kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
"Air Selangor menyarankan para pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air," menurut kenyataan itu.
Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.
-- BERNAMA
#Air Selangor #bekalan air #Facebook #Jabatan Kerja Raya #JKR #Pengurusan Air Selangor #Pulau Indah
;