Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya

Astro Awani
Jun 7, 2024 01:10 MYT
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat).
Ini susulan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan Air Selangor pada Rabu.
Air Selangor dalam satu kenyataan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor and Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA pic.twitter.com/kdIZCjpZas

— Air Selangor (@air_selangor) June 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com.,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan pengguna di tujuh daerah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor disaran untuk menyimpan bekalan air secukupnya ekoran gangguan berjadual bermula pada Rabu.
#bekalan air #Air Selangor #pulih sepenuhnya #LRA SSP1