Bekalan air di semua wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya - Air Selangor
Afiezy Azaman
September 30, 2021 08:13 MYT
September 30, 2021 08:13 MYT
KUALA LUMPUR: Kesemua kawasan di Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual telah pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi, hari ini.
Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, kerja-kerja penyelengaraan secara berjadual bagi penggantian injap di tiga lokasi telah siap sepenuhnya.
Tiga kawasan tersebut adalah Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.
"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
"Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com," katanya pada Khamis.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.