Bekalan air di Sabak Bernam pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Disember 17, 2020 01:54 MYT
Bekalan air di kesemua 38 kawasan di Wilayah Sabak Bernam yang mengalami gangguan berjadual sejak semalam berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap, pulih sepenuhnya pada 2 pagi tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 38 kawasan di Wilayah Sabak Bernam yang mengalami gangguan berjadual sejak semalam berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap, pulih sepenuhnya pada 2 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
"Sentiasa gunakan air secara berhemat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber Facebook airselangor
Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.
-- BERNAMA
#bekalan air #Sabak Bernam #kerja penggantian dan pemasangan injap #Elina Baseri