Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya - Syabas
Bernama
Jun 16, 2017 18:34 MYT
Jun 16, 2017 18:34 MYT
Sebanyak 50 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya, setakat 7 pagi ini.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan, berkata kerja-kerja pemulihan bekalan air secara berperingkat di kawasan yang terjejas ekoran bekalan elektrik di Rumah Pam Kolam Air Bukit Gasing telah pulih dan mula beroperasi, 3 pagi tadi.
"Bagaimanapun, pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa," kata kenyataan itu.
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (taip: Tanker Nama dan Alamat).
Orang ramai boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar "mySyabas" untuk maklumat terkini mengenai status pemulihan itu.
-- BERNAMA