Bekalan air di 463 kawasan pulih 12 peratus - Air Selangor

Afiezy Azaman
Disember 16, 2021 07:44 MYT
Pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas telah mencapai tahap 12 peratus setakat jam 6 pagi, hari ini. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas telah mencapai tahap 12 peratus setakat jam 6 pagi, hari ini.
Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan di media sosial, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Berdasarkan paparan grafik Air Selangor, Daerah Hulu Langat dan Petaling mencatatkan peratusan pemulihan 77.8 peratus dan 7.6 peratus.
"Manakala daerah Kuala Langat, Putrajaya dan Sepang masing mencatatkan sifar peratus pemulihan bekalan air," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sehingga jam 6:00 pagi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 12%. #AirSelangor #HentiTugas #1216SgSemenyih pic.twitter.com/wVeB1wKus0

— Air Selangor (@air_selangor) December 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, LRA Sg Semenyih dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Air Selangor sebelum ini berkata, bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam, 17 Disember.
BACA: Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 11.30 malam esok - Air Selangor
"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
"Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
"Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," jelasnya.
#bekalan air #Air Selangor #pencemaran bau #Hulu Langat
;