Bekalan air di 28 kawasan wilayah Kuala Selangor pulih 10 malam ini

Bernama
Oktober 13, 2020 03:44 MYT
Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada 6 petang ini.
"Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:
  • Bagan Tengkorak
  • Jalan Ban Canai
  • Jalan Kunci Air Buang
  • Kampung Ampangan
  • Kampung Haji Razali
  • Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  • Kampung Pinang
  • Kampung Seri Tiram Jaya
  • Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 - Parit 4
  • Kampung Sungai Kajang
  • Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  • Kampung Tok Adam
  • Kampung Ulu Tiram
  • Lorong Bahagia
  • Parit 1 Sungai Burong
  • Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A - Z
  • Sungai Burong Sawah Parit 1 - Parit 4
  • Sungai Sireh Lorong 1 - 23
  • Taman Desa Jaya
  • Taman Kopema
  • Taman Radin Jaya
  • Taman Sri Bakti
  • Taman Sri Desa
  • Taman Sri Jaya
  • Taman Sri Setia
  • Taman Sri Tanjong
  • Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
  • Taman Wawasan
  • Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
    -- BERNAMA
    #bekalan air #pengguna #Kuala Selangor #gangguan bekalan air #Air Selangor #Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd #kerja penggantian injap #LRA Sg Sireh #injap