Bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya - Air Selangor

Afiezy Azaman
Ogos 11, 2022 08:20 MYT
Bekalan air di kesemua 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi pada Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, bekalan air di kesemua 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi, pada Khamis.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri, pihaknya menzahirkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual tersebut.
Terdahulu bekalan air di 188 kawasan di daerah Hulu Selangor yang mengalami gangguan air berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa, sejak Selasa.
BACA: LRA Sungai Rasa: Kerja penambahbaikan, penyenggaraan aset bermula ikut jadual
Maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa boleh disemak menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
#loji rawatan air #Air Selangor #Hulu Selangor #bekalan air
;