Beberapa petunjuk baharu pembunuhan Dr Fadi dikenal pasti

Shafiq Noordin
Mei 1, 2018 18:29 MYT
Ahmad Zahid Hamidi yang juga Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datuk mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman (tiga, kiri) mengenai proses baik pulih rumah Nimah@Manis Mahmud.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menemui beberapa petunjuk baharu dalam kes pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr Fadi M R al-Batsh di ibu negara baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM telah mengenal pasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek untuk membunuh mangsa.
Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, pihaknya juga telah mengenal pasti penyewa sebenar motosikal jenis kawasaki Versys yang digunakan suspek serta inap desa yang disewa mereka.
"Cuma kita belum dapat laporan teliti lagi, tetapi kita telah memperolehi beberapa bukti terbaharu. Saya harap PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah dapat meneruskan siasatan dan menjejaki individu berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikia pada sidang media selepas majlis kendurui kampung peluasan skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk pada Selasa.
#Dr Fadi #Imam Palestin #jenayah #mangsa #PDRM #Perdana Menteri #Polis Diraja Malaysia #siasatan #Zahid Hamidi
;