Beberapa perkhidmatan BSN akan tergendala pada 9 Feb untuk penyelenggaraan

Amanz
Februari 4, 2025 12:40 MYT
Pihak BSN memohon maaf di atas sebarang kesulitan serta menghargai kerjasama semua pihak dalam isu berkenaan.
BANK Simpanan Nasional (BSN) memetik kenyataan terkini memaklumkan gangguan perkhidmatan akan berlaku pada Ahad, 9 Februari 2025.
Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses ke sistem terlibat akan tergendala buat sementara waktu di antara jam 12 tengah malam dan 4/8 pagi pada tarikh berkenaan.
Perkhidmatan yang terlibat adalah perbankan internet myBSN, aplikasi myBSN Mobile (pindaan segera duitnow, JomPay & FPX), transaksi kad debit BSN dan BSNeBiz.
Ia dikatakan berlaku disebabkan aktiviti penyelenggaraan berjadual bagi memastikan perkhidmatan yang selesa untuk para pelanggan.
Pihak BSN memohon maaf di atas sebarang kesulitan serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.
#BSN #penyelenggaraan berjadual #Gangguan Perkhidmatan #perkhidmatan tergendala
;