Beberapa lokaliti di empat negeri jalani PKPD - Ismail Sabri

Astro Awani
Mei 24, 2021 19:33 MYT
Ia melibatkan Labuan, Pahang, Sabah dan Johor, sementara satu lokaliti di Sarawak ditamatkan PKPD. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa lokaliti di empat negeri diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan terbabit.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata ia melibatkan Labuan, Pahang, Sabah dan Johor, sementara satu lokaliti di Sarawak ditamatkan PKPD.
Berikut merupakan senarai lokaliti yang terlibat:
Lima Sub-zon dalam Wilayah Persekutuan Labuan
26 Mei sehingga 24 Jun 2021
• Kadar kebolehjangkitan Labuan adalah 2.55, berkemungkinan berlaku jangkitan dengan skala yang lebih besar
3 Mukim Dalam Daerah Lipis, Pahang
26 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021
• Mukim Kuala Lipis
• Mukim Penjom
• Mukim Budu
Putatan, Sabah
26 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021
• Taman Seri Ketiau
• Taman Desa Seri Ketiau
Kalabakan, Sabah
26 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021
• Ladang FELDA Global Ventures (FGV) Kalabakan Selatan
Tawau, Sabah
26 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021
• Kampung Sungai Imam
Felda Kahang Timur, Kluang, Johor
*dilanjutkan sehingga 8 Jun 2021
Felda Umas, Kalabakan, Sabah
*ditamatkan pada 25 Mei 2021
Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak
*ditamatkan pada 25 Mei 2021
#perintah kawalan pergerakan #kadar kebolehjangkitan #PKPD #Ismail Sabri #jangkitan COVID-19 #jankitan tinggi #arahan PKPD lokaliti
;