Beberapa kawasan sekitar Ipoh terjejas banjir kilat

Abd Razak Mohd Ali
Januari 19, 2022 23:21 MYT
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat di kawasan Bercham sekitar jam 8.30 malam. - Gambar JPBPM
IPOH: Hujan lebat dengan ribut petir yang turun lebih dua jam pada Rabu menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terlibat ialah Bercham, Taman Perpaduan, Taman Cempaka, Bandar Seri Botani dan susur keluar ke Tambun.
Kawasan terbabit dikatakan dinaiki air apabila longkang tidak mampu menampung aliran air menyebabkan limpahan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat di kawasan Bercham sekitar jam 8.30 malam.
Katanya, paras banjir di kawasan itu dianggarkan lebih setengah meter dan pemantauan sedang dilakukan.
Difahamkan, beberapa penduduk turut dipindahkan keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.
#Banjir 2021 #banjir kilat #Ipoh #hujan lebat
;