Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik

Bernama
November 9, 2024 14:00 MYT
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik pada masa ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) di sini.

Ringkasan AI
  • Gangguan Bekalan Elektrik di Timur Sabah: Kawasan yang terlibat termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.
  • Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
  • Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity.

Sabah Electricity dalam kenyataan di sini memaklumkan kawasan terlibat antaranya Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.
"Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda. Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity. Terima kasih atas perhatian anda," menurut kenyataan itu.
Tinjauan Bernama di Sandakan dan Lahad Datu mendapati kawasan itu mula terputus bekalan elektrik kira-kira sejam lepas, dan maish belum pulih setakat ini.
-- BERNAMA
#gangguan bekalan elektrik #Sabah Electricity #SESB #Kinabatangan #Sandakan
;