Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat

Bernama
April 16, 2024 14:28 MYT
Banyak kawasan di Seremban dan sekitarnya dinaiki air selepas hujan lebat yang lama. - X @beritaseremban
SEREMBAN: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini dan Rembau dilanda banjir kilat.
Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah.
"Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor.
"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas," menurut kenyataan itu.
Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga ketika ini meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko.
-- BERNAMA
#banjir #sremban #Rembau #hujan lebat